Followers

Wednesday, November 4, 2009

HAPPY ANNIVERSARY...!!!

Alhamdulillah!

Alhamdulillah Ya ALLAH.
Subahanallah.
Hari Ini Genab 3 Tahun Perkahwinan Saya.
Buat Permaisuri Hati, Terima Kasih Atas Segalanya.
Kau Buat Diri Ini Sempurna.
Kau Buat Diri Ini Bahagia.
Kau Buat Diri Ini Gembira.

Kini Kau Bergelar "Umie" & Diri Ini "Bapa".
Syukurku Tiada Noktahnya....
Penantian Yang Penuh Dengan Rintangan & Dugaan. Kesabaran Membawa 1001 Erti Kebahagiaan.
Hampir 2 Tahun Pertama Perkahwinan Kami, Barulah Kami Diberikan Zuriat.
Syukur Ya ALLAH.

Untuk Dikongsi Pada Sahabat² & Pembaca Yang Sudi Luangkan Masa Bersama Saya.

Doa nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat dan menghadapi kehidupan dalam kesabaran.

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (surah al-anbiya, ayat 89)

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) (surah ali-imran, ayat 200)

Tuesday, November 3, 2009

Tahniah....

Bismillah...
Alhamdulillah...




Hari 31 November 2009 Saya Diberi Kepercayaan Untuk Merakamkan Detik Paling Manis Dalam Hidup Seorang Sahabat.


Upacara Akad Nikah Dilakukan Oleh Ayah Pengantin Perempuan Sendiri.

 
Bersaksikan Ayah Sham & Ahli Keluarga Terdekat.





Alhamdulillah, Majlis Berjalan Dengan Lancar......




Dipendekkan Cerita Saya Pergi Kelokasi Akad Nikah Bersama² Abg Anuar, Kak Mieza & Suaminya "Abg Faizal". Setibanya Dilokasi "MASJID" Rupa²nya Tersalah Masjid. Nasib Baik Ada Codriver Buat Confirmation Location.


Alhamdulillah, Sampai Juga Ke Lokasi Sebelum Majlis Bermula.
Sempat Jugak Kongsi Sedikit Kata² Azimat & Nasihat Buat Pengantin Lelaki.


Muka Sahabat Nie Nampak Penat Jer, Sebab Penat Buat Persediaan Sampai Pagi.
Lupa Pulak, Nama Sahabat Saya Nie Hisham, Atau Nick Dia Sham.



Dengan 3x Lafaz, Akad Nikah Pun Selesai Dengan Penuh Rasa Gembira Bercampur Sedih.





Kat Sini Nak Inform Semua Kekawan Yang Mengenali Sham, Dia Jemput Semua Hadir Ke Majlis Persandingan Di Rumah Dia Di Alamat :-
BLOK B2-4-8,
DESA PANDAN,
JALAN KAMPONG PANDAN,
55100 KUALA LUMPUR.


Sedikit Aturcara Program
Akad Nikah - 31 October 2009
Majlis Persandingan (P) - 1 November 2009
Majlis Persandingan (L) - 8 November 2009






Doakan Kebahagiaan Kedua² Mempelai Hingga Keakhir Hayat.

Friday, October 30, 2009

ISO & Aperture

Kat Sini Nak Kongsi Sikit Pada Kawan², Antara Banyak Benda Yang Selalu Kekawan Tanya Bila Jumpa. Mungkin Info Nie Boleh Membantu Sikit. Kalau Nak Lebih Jelas Nanti Kita Jumpa Bila Outing.

Penggunaan ISO / ASA
Dalam keadaan gelap apa foto yang mahu anda rakamkan? Suasana waktu malam yang hanya diterangi dengan cahaya kota, cahaya lampu kampung, atau bangunan sahaja yang hendak dirakamkan.
Atau anda mahu merakam objek yang hanya menggunakan cahaya lampu, lilin atau sebagainya. Adakah anda mahu merakamkan foto tanpa flash, menggunakan flash dalam keadaan gelap. Secara umum saya mahu menerangkan cara merakamkan foto dalam keadaan gelap tapi masih ada cahaya seperti di kawasan bandar. Semua jenis ASA boleh digunakan, cuma ASA tinggi (400) akan memberikan keupayaan f/stop yang kecil (f11) dengan penggunaan shutter speed yang agak tinggi (1/125). Tapi kesan warna akan memberi mutu yang tidak baik, seperti kontras yang agak tinggi, warna kadang kala akan berubah dari apa yang boleh diberikan oleh ASA rendah.
Namun anda boleh mencuba menggunakan ASA rendah (100) dengan membiarkan penggunaan f/stop kecil (sehingga 32) tapi anda berisiko menggunakan shutter speed rendah (mungkin hingga 1 minit!), dan anda akan memperolehi hasil foto yang begitu menarik. Pastikan anda menggunakan tripod untuk membantu agar kamera anda tidak bergoyang.

PEMILIHAN APERTURE
Meletakkan apaerture (fstop) adalah kreativiti sesorang. Untuk memberikan kesan kabur pada background letakkan fstop sederhana (f5.6) atau besar (f4). Untuk memberikan kesan tajam letakkan pada fstop kecil (f8,f11,f22). Gambar landskap adalah lebih baik menggunakan fstop kecil agar kesan Depth Of Fieldnya tajam.
Dengan memiliki f/2.8 membolehkan kerja pengambaran merakam gambar dengan menggunakan flash pada jarak yang jauh. Namun dalam merakamkan gambar landskap, f2.8 agak kurang memuaskan kerana kesannya akan memberikan tone gambar yang kurang menarik. Namun untuk kerja-kerja senifoto potrek agak baik menggunakan f/2.8.Pada teorinya f/2.8 tidak sesuai kerana akan memberikan kesan kabur pada bahagian yang tidak difokus. Namun ada jurufoto yang gemar menggunakan aperture besar agak kesan kabur ada daya seninya.Ini kerana kerja senifoto adalah kerja kreatif, oleh itu kreativiti seseorang itu kita tidak boleh menilai bahawa dia tidak mengikut teori. Oleh itu aperture kecil dan aperture besar amat bergantung pada keadaan objek. Ada objek yang memerlukan aperture besar umpamanya merakamkan potret model yang memilki kesan pada mukanya. Dengan menggunakan aperture besar akan memberikan imej kabur/soft.

My 1st DSLR & Now

* Pada Mula Nak Beli DSLR Rasa Macam Teragak² Sebab Mahal, Tapi Alhamdulillah Tak Diduga Dapat Juga Beli Camera Idaman. NIKON Brand - D70 Sekali Dengan Lens 18-70mm + SB800.
Dari Segi Performance Pada Waktu Tue Antara Yang Terbaik. Rasa Best Sangat...
Alhamdulillah Kini Saya Dah Upgrade My DSLR Sikit Kepada ??? Alhamdulillah.

Dengan Harapan Dapat Memberikan Service & Kualiti Terbaik Kepada Semua Pelanggan Kami.

Thursday, October 29, 2009

My Simple Profile

Assalamualaikum...!!!
Salam Sejahtera...

Hari Ini Saya Akan Ceritakan Serba Sedikit Tentang Diri Ini & Bagaimana Saya Terlibat Dengan Dunia Fotografi.

Syukur Pada Ilahi Kerana Sehingga Hari Ini Saya Masih Berada Dibumi Sementara.
Alhamdulillah. Selawat & Salam Keatas Baginda Nabi Junjungan. AMIN.

Saya Dilahirkan Dari Keluarga Yang Sederhana.
Saya Anak Ke-2 Dari 7 Orang Adik Beradik. 5 Orang Lelaki & 2 Perempuan.

Saya Belajar Dalam Bidang Computer Sains & Information Technology Di Salah Sebuah Kolej Di Ibu Kota.

Saya Minat IT Sebab Abang Saya Amin Seorang Graphic Designer. Banyak Tunjuk Ajar Beliau Yang Telah Saya Pelajari. Secara Tak Langsung Minat Tue Datang.

Tuesday, September 29, 2009

AM Photo Group

Bismillah...
Alhamdulillah.
Terciptanya Blog Nie Adalah Sesuatu Yang Memberi Makna Besar Dalam Diri Ini.

Ia Suatu Permulaan Kepada AM Photo Group Untuk Berkongsi Serba Sedikit Tentang Perkembangan "AMPhoto".

Kepada Semua Kekawan Yang Mengenali Saya, Bolehlah Update News Kami Disini.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Dari Kami.

Kalau Ada Kekurangan Dari Coretan & Kesilapan Mohon Maaf Kami Pohon.

ORDER/BOOKING FORM

Nama:
Nama Pasangan:
E-mel:
H/P No:
Memerlukan Perkhidmatan: Fotografi
Videografi
Kad Kahwin
Bisnes Kad
Bunting
Catering
Andaman
PA System
Wedding Planner
Alamat/Lokasi Majlis:
Tarikh Majlis:
Jenis Majlis: Pertunangan
Akad Nikah
Malam Berinai
Persandingan
Outdoor
Event
Lain-lain
Pakej Pilihan: Sticky Album
Story Album
Sticky & Story Album
Anggaran Bajet:
Catatan Tambahan:

This form powered by Freedback